logousmippt

Chess


Syarat & Peraturan

Tarikh : 22 Jun 2019
Tempat permulaan/tamat : Ruang Legar Kompleks Klinikal, IPPT USM
Masa Pendaftaran : 8.30 pagi
Tarikh tutup : 14 Jun 2019


Penyertaan

Terbagi kepada 2 kategori
1. Kategori Terbuka (lelaki dan wanita)
2. Kategori Bawah 12 tahun (lelaki dan wanita)


Yuran

RM 15.00 bagi kategori bawah 12 tahun.
RM 25.00 bagi kategori terbuka


Pendaftaran & Bayaran

1. Peserta perlu mendaftarkan diri dengan mengisi borang secara atas talian dan membayar yuran pendaftaran bagi setiap peserta.
2. Bayaran hanya boleh dibuat secara Tunai melalui kaedah pindahan bank (online transfer) ataupun bank-in (kaunter ataupun CDM) sebelum tarikh tutup iaitu pada 14 Jun 2019.
3. Hantar slip bayaran melalui aplikasi Whatsapp ke nombor 016-2025445 setelah bayaran dibuat. Pembayaran semasa hari program berlangsung tidak diterima.
4. Hanya pemain yang BERDAFTAR dalam borang Pendaftaran Pemain sahaja yang dibenarkan bermain dalam pertandingan ini.


Pakaian

1. Pemain hendaklah berpakaian kemas, tidak menjolok mata serta tidak menganggu pihak lawan.
2. Selipar dan seluar pendek TIDAK dibenarkan.

 

Format Pertandingan

PERTANDINGAN AKAN DIJALANKAN MENGIKUT SISTEM SWISS DENGAN TUJUH (7) PUSINGAN:

1.   Forbidden Pairing akan dikuatkuasakan di mana pemain tidak boleh berlawan dengan pemain dari pasukkan yang sama untuk mana-mana pusingan
2.  Tempoh Permainan – masa permainan adalah lima belas (15) minit setiap pemain hingga tamat permainan
3.  Kawalan Masa – Kawalan masa untuk setiap permainan akan dibuat dengan menggunakan jam catur
4.  Merekod Permainan - Setiap Pemain TIDAK diwajibkan merekod setiap pergerakkan yang dilakukan semasa permainan (jika hendak merekod pemain tersebut hendaklah menyediakan kertas merekod sendiri)
5.  Maklumat tambahan pemain: FIDE rating (jika ada)

CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN

Setiap Pemain akan diberikan mata seperti berikut
• Menang – 1 mata
• Seri – ½ mata
• Kalah – 0 mata

Sekiranya terdapat pemain yang berkongsi mata yang sama selepas pusingan akhir , sistem pemutus seri (tiebreak) berikut akan digunakan
• Bucholz
• Sonneborn-Berger
• Cumulative

KELEWATAN

1.  Pemain yang datang lewat akan dikira kalah sekiranya masa yang diperuntukan untuk permainan tersebut tamat.
2.  Pihak lawan akan memperolehi satu (1) mata secara percuma dan pihak yang lewat akan dikira kosong (0) mata.


Peraturan Am

1.  Jika terdapat ‘bye, satu (1) mata akan diberikan.
2.  Sebarang alat elektronik terutamanya telefon bimbit tidak dibenarkandigunakan sepanjang permainan berlangsung. Pemain akan terus dikira kalah jika berbuat demikian
3. Pemain yang membuat illegal move akan diberi amaran kali pertama.Illegal move kali kedua akan dikira kalah.
4. Tindakkan yang tegas akan diambil terhadap mana-mana pemain yanggagal menamatkan pertandingan.
5. Sebarang keputusan yang dibuat oleh ketua arbiter adalah muktamad.
6. Sebarang bantahan hendaklah diselesaikan dengan mengemukakansurat bantahan untuk diadili seterusnya oleh juri rayuan yang akan dilantik  oleh  penganjur tidak  melebihiselepas  10  minit  keputusan  rasmi dikeluarkan.


Hadiah

Kategori Terbuka
Tempat Pertama - RM 180.00
Tempat Kedua - RM 150.00
Tempat Ketiga - RM 100.00

Kategori Bawah 12 tahun
Tempat Pertama - RM 150.00
Tempat Kedua - RM 100.00
Tempat Ketiga - RM 50.00

Medal dan sijil untuk pemenang tempat pertama hingga tempat kesepuluh untuk kedua-dua kategori.

Sijil penyertaan akan diberikan ke[ada semua pemain.