Kids Day 2023
Will be update soon
Will be update soon
- Aktiviti: Pameran, demonstrasi dan jualan produk kraftangan
- Jalinan kerjasama antara IPPT bersama pihak Jabatan Kraftangan Pulau Pinang.
- Semua aktiviti dikelolakan oleh staf Jabatan Kraftangan
- Staf IPPT perlu menyediakan tempat dan memastikan kebersihan dan keselamatan lokasi.
- Jualan produk mengikut kadar Jabatan Kraftangan
Lokasi
Lobby dan pintu masuk CTC
Masa
9pagi hingga 3petang
Wooven Bag Decoration
Aktiviti mewarna dan dekorasi ‘wooven bag’ ini memerlukan kanak-kanak mewarna pelbagai gambar yang telah dicetak pada beg mengikut kreativiti
masing-masing. Pihak penganjur akan menyediakan bahan iaitu ‘wooven bag’ dan ‘magic pen’ (5 warna) sahaja. Peserta dibenarkan untuk membawa bahan
dekorasi tambahan seperti glitter, manik, sekuin, bunga, butang, sticker, renda, gam, pita pelekat, riben dan sebagainya.
Penyertaan : terhad kepada 100 peserta sahaja
Masa : 45 minit
Umur : 7 – 9 tahun
Bayaran : RM5 setiap penyertaan
Untuk pendaftaran, sila download borang pendaftaran di bawah:
Mencanting Batik
Mencanting batik merupakan salah satu teknik popular dalam penghasilan kain batik dalam industri tekstil tempatan di masa kini.
Aktiviti mencating batik ini dilakukan supaya kanak-kanak dapat didedahkan dengan kraftangan tradisional warisan negara.
Sepanjang aktiviti ini, kanak-kanak bersama ibu atau bapa akan mencating batik dengan menggunakan bahan dan alatan yang disediakan oleh pihak
penganjur seperti alat canting, pencelup warna dan bingkai bergambar.
Penyertaan : terhad kepada 100 peserta sahaja
Masa : 30 minit
Umur : 4 – 6 tahun
Bayaran : RM5 setiap penyertaan
Untuk pendaftaran, sila download borang pendaftaran di bawah:
Borang Penyertaan Mencanting Batik