logousmippt

ebannerkarnivalippt

Karnival IPPT, USM Bersama Komuniti

 

KARNIVAL IPPT, USM BERSAMA KOMUNITI (MINGGU KESEDARAN KANSER) SEMPENA MAJLIS PENGISYTIHARAN RASMI IPPT SEBAGAI PUSAT LATIHAN DAN PENYELIDIKAN ANTARABANGSA BRACHYACADEMY SERTA MAJLIS PELANCARAN WAKAF PUSAT KOMUNITI IPPT

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) akan mengadakan Karnival IPPT, USM Bersama Komuniti yang bertemakan “Kenali IPPT, Dekat Di Hati”.  Karnival ini diadakan bersempena dengan majlis pengisytiharan rasmi IPPT sebagai Pusat Latihan dan Penyelidikan Antarabangsa Brakiterapi (International Educational and Research Centre of Brachyacademy) oleh pihak Brachyacademy yang berpengkalan di Belanda serta majlis pelancaran wakaf Pusat Komuniti IPPT.  Di samping itu, karnival ini juga adalah untuk menarik perhatian umum masyarakat untuk datang ke IPPT.

Berikut adalah maklumat program:

      Nama Program                       :     Karnival IPPT, USM Bersama Komuniti

      Tempat                                     :     Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT)

                                                               Universiti Sains Malaysia, Bertam

                                                               Kepala Batas, Pulau Pinang

      Tarikh                                       :     25 Mac 2022 hingga 3 April 2022

      Anggaran peserta                 :     1,000 orang

 

Program ini diadakan bertujuan untuk meuar-uarkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh IPPT dan merupakan acara tahunan di mana masing-masing diadakan dalam bulan Mac dan April bagi memberi kesedaran mengenai kanser selain menonjolkan IPPT sebagai pusat rujukan kanser di Utara Semenanjung Malaysia.

Sasaran peserta bagi karnival ini adalah dari staf, pelajar, pesara USM, seluruh rakyat Malaysia, bekas pesakit kanser, pesakit kanser, pelajar sekolah, kolej, universiti awam dan swasta Pulau Pinang dan anggaran peserta adalah seramai 1,000 orang.  Kami juga turut mensasarkan agensi-agensi badan kerajaan termasuk juga media utama negara pada hari tersebut.


Poster Karnival IPPT

Karnival IPPT 24022022